Wang RM500,000 dalam bagasi didakwa milik sebuah syarikat

Wang RM500,000 dalam bagasi didakwa milik sebuah syarikat

HUSSEIN Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan bagasi berisi wang tunai melebihi RM500,000 yang ditemukan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara, Selangor. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu laporan diterima polis daripada sebuah syarikat yang mendakwa  bagasi berisi wang tunai melebihi RM500,000 ditemukan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini adalah milik mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat di Shah Alam oleh syarikat terbabit.

“Laporan polis sudah dibuat di mana dikatakan wang itu adalah milik syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit,” katanya di sini, malam ini.

Media melaporkan pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka bagasi yang ditemukan di tempat letak kenderaan di premis berkenaan berisi wang tunai melebihi RM500,000.

Laporan daripada seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Menurutnya, hasil pengiraan mendapati beg itu berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×