PETALING JAYA: Polis sedang menunggu keputusan cap jari yang diambil dari bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, minggu lalu, bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, hasil pemeriksaan menemukan kesan cap jari dan polis sudah menghantarnya untuk dianalisis di makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Kita masih menunggu keputusan cap jari terbabit dan setakat ini belum diperoleh. “Pengarah syarikat terbabit juga masih belum tampil setakat hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penemuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya