Tun M dibenarkan pulang selepas 53 hari di IJN

Tun M dibenarkan pulang selepas 53 hari di IJN

mahathir
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, selepas 53 hari menjalani rawatan.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Jan lalu untuk rawatan jangkitan dan pemerhatian.

“Dr. Mahathir dibenarkan keluar dari IJN pada 11.30 pagi hari ini,” kata pejabatnya dalam kenyataan.

Pejabatnya turut berkongsi gambar terkini Dr. Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar dan menulis catatan.

Malah, 11 Mac lalu pemimpin berusia 98 tahun itu turut membuat hantaran di media sosial dan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya