Tujuh syahid ketika agih pek makanan Op Ihsan di Gaza

Tujuh syahid ketika agih pek makanan Op Ihsan di Gaza

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekurang-kurang­nya tujuh warga Palestin dilaporkan syahid ketika mereka bersiap sedia mengagihkan barangan asas yang dihantar menerusi Ops Ihsan di Gaza.

Menurut Pengerusi Sekreta­riat Induknya, Jismi Johari, maklumat itu diperoleh daripada pegawai Kementerian Kesihatan Palestin dengan kejadian berlaku di Kem Al-Nuseirat.

“Mereka syahid dalam sera­ngan udara yang dilancarkan rejim penjajah Zionis dan ketika insiden ini, petugas sedang memulakan proses pengagihan,” jelasnya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bilakah kejadian tersebut namun mengakui barangan asas berkenaan terma­suk pek makanan yang dihantar misi Ops Ihsan.

Kem pelarian yang dihuni lebih 60,000 orang itu terletak dalam kawasan Deir al-Balah di tengah Wilayah Gaza iaitu jarak kira-kira 19 kilometer dari Bandar Raya Gaza sendiri.

Penempatan itu diuruskan oleh Agensi Bantuan Pelari­an Pertubuhan Bangsa Bersatu atau UNRWA sejak mula dibuka pada 1948 susulan Perang Arab-Israel di selatan Palestin.

Mengulas lanjut, Jismi berkata, tentera Israel enggan bertanggungjawab ke atas insiden itu walaupun serangan tersebut jelas dilancarkan pasukan kese­lamatan rejim berkenaan.

“Sekretariat Ops Ihsan de­ngan tegas mengutuk dan mengecam sekeras-keras tindakan tidak berperikemanusiaan itu yang menyasarkan petugas agensi bantuan,” tambahnya.

Serangan yang tidak diduga itu katanya, seolah-olah se­ngaja mahu membiarkan 2.3 juta penduduk di Gaza mati akibat kelaparan melampau setelah kehilangan kediaman mereka.

Pada masa sama, pihak sekre­tariat menggesa dunia untuk terus mendesak rejim Israel menghentikan sebarang pencerobohan secara haram terhadap kawasan rakyat Palestin.

Masyarakat antarabangsa ujarnya, turut diseru agar memaksa pihak Israel menarik balik tentera dari Gaza dengan segera kerana ia jelas menyalahi undang-undang sejagat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×