Tolak potong usus, Salina Saibi puasa untuk jaga penampilan - Utusan Malaysia

Tolak potong usus, Salina Saibi puasa untuk jaga penampilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Salina Saibi, 42, menolak dakwaan kononnya dia melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik.

Kata bintang drama Gerak Khas itu, dia hanya mengamalkan cara semula jadi untuk menjaga penampilan tanpa membabitkan prosedur melampau.

“Sebenarnya memang ramai bertanya saya buat apa untuk jaga penampilan sampai ada menyangka saya potong perut, buat muka. Jawab saya, jaga makan.

“Allah dah bagi kita cara natural, puasa, makan ikut sunnah nabi, tidur cukup, kurangkan stress. Kita amalkan sahaja,” katanya.

Salina ditemui pada majlis berbuka puasa bersama artis Starvendor di Subang Jaya, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Salina juga berharap masyarakat tidak pukul rata, mengaitkan semua pengasas dan usahawan produk kecantikan dengan pembedahan kosmetik untuk nampak cantik di mata umum.

Katanya persepsi itu salah dan perlu diperbetulkan.

“Tak semua yang potong perut, bedah muka. Banyak lagi cara semula jadi yang boleh dilakukan.

“Saya yang jual korset pun tak buat semua itu, lebih amalkan kaedah tradisional.

“Saya contohi orang-orang lama, yang amalkan cara natural untuk jaga kecantikan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN