TM sampaikan zakat RM542,590 kepada MAIPs - Utusan Malaysia

TM sampaikan zakat RM542,590 kepada MAIPs

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipersembahkan sumbangan zakat oleh TM dalam satu majlis di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Batu 5 Jalan Kuala Perlis, semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Telekom Malaysia (TM) Berhad menyampaikan zakat perniagaannya bagi tahun 2022 berjumlah RM542,590 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengurus Besar, State Regulatory & Engagement, TM Perlis & Kedah, Yusof Omar
mempersembahkan sumbangan tersebut kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Batu 5 Jalan Kuala Perlis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis tersebut diadakan sebelum solat Jumaat sempena Program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-7 bagi tahun 2024.

Seramai 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin berjumlah RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh pada kali ini ialah RM14,000.

Pengarah SW Corp Negeri Perlis, Shamsuharizal Basir menyampaikan sesi taklimat Hijrah Minda dengan tajuk amalan kebersihan dan pembudayaan kitar semula dengan mengfokuskan rakyat Perlis yang bermentaliti kelas pertama dalam aspek kebersihan pada setiap masa.

Turut diadakan ialah promosi pengambilan pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail turut berkenan berangkat solat Jumaat di masjid yang sama pada petang tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya