PARLIMEN: Tiada rakyat Malaysia jadi tentera upahan Rusia

PARLIMEN: Tiada maklumat rakyat Malaysia jadi tentera upahan Russia 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima maklumat mengenai dakwaan penglibatan rakyat Malaysia menjadi  tentera upahan Russia untuk berperang di wilayah Donetsk dekat timur Ukraine.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,  rakyat Malaysia diingat supaya berhati-hati dalam menerima maklumat dan menyemak fakta sebenar.

“Kementerian ini ingin mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berhati-hati dalam menerima maklumat dan sentiasa menyemak fakta sebenar terhadap informasi yang disebarkan terutamanya dalam media sosial,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang mahu kementerian memberi penjelasan berhubung dakwaan rakyat Malaysia yang dikatakan berkhidmat sebagai tentera upahan Russia di Donetsk.

Ini susulan laporan Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine yang diterima Wisma Putra.

Media sebelum ini melaporkan, satu laporan tentera Ukraine mendakwa terdapat rakyat Malaysia antara tentera upahan yang berperang bersama tentera negara itu  di wilayah Donetsk dekat timur Ukraine.

Dakwa notis ringkas oleh Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine, Russia terus merekrut tentera upahan dari beberapa negara di seluruh dunia untuk meneruskan dasar keganasan mereka.

Menurut notis berkenaan, tentera upahan dari Malaysia ditemani penerjemah termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Russia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×