PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengekalkan keputusan tarikh akhir pengambilan pekerja asing sektor formal menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 adalah pada 31 Mei ini, walaupun terdapat desakan bagi membatalkan keputusan tersebut. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan kerajaan untuk mengekalkan tarikh berkenaan adalah berdasarkan faktor keselamatan negara dan alasan yang kukuh. “KDN berpaksikan kepada elemen keselamatan dan ketenteraman awam, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dari aspek keperluan tenaga buruh negara…










