Takrifan pemerkasaan ekonomi bumiputera tidak hanya penguasaan ekuiti

Takrifan pemerkasaan ekonomi bumiputera tidak hanya penguasaan ekuiti sahaja – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Takrifan pemerkasaan bumiputera tidak boleh hanya dilihat menerusi penguasaan ekuiti sahaja sebaliknya menerusi penyertaan, penguasaan dan pemilikan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau melihat Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB) itu berjaya kerana ia mengeluarkan bumiputera dari kelompok miskin tegar dan memperkasakan pendidikan.

Beliau berkata, dasar yang digerakkan pada tahun 1970 hingga 2000 itu kini berjaya melahirkan kelompok kelas pertengahan yang teramai di negara ini.

“Kita tidak perlu lihat pemerkasaan bumiputera dalam soal pemilikan ekuiti sahaja sebaliknya penyertaan, penguasaan dan pemilikan mereka secara keseluruhan.

“Dalam aspek penguasaan bumiputera, kita lihat pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikuasai oleh bumiputera,” katanya Sesi Fireside Chat: Aspirasi Masa Hadapan Bumiputera sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini hari ini.

Katanya, syarikat GLC dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) bukan berstatus bumiputera namun, pengurusan utamanya dikuasi profesional bumiputera.

Dalam pada itu, katanya, jika ingin berubah kepada tahap lebih tinggi, golongan bumiputera juga perlu berubah dari penambah nilai kepada pencipta nilai.

Menurutnya, ketika ini, kelompok menengah bumiputera menjadi penambah nilai kepada GLC menerusi penguasaan di jawatan utama.

“Mereka ini lebih selesa makan gaji dan kekal ditahap itu. Jika nak dibanding dengan bukan bumiputera, mereka tidak akan kekal disitu sebaliknya keluar dan buka syarikat sendiri.

“Ia satu cabaran buat kumpulan menengah bumiputera untuk keluar dari situ (GLC) namun, jika ingin menjadi penambah nilai mereka perlu keluar,” katanya.

Sementara itu, katanya, bumiputera juga perlu beralih daripada model makan gaji kepada kelas niagawan supaya tahap pemerkasaan dapat ditingkatkan.

Katanya, sekitar 60 hingga 70 an dahulu, masyarakat bumiputera ditanam diminda supaya kerja kerajaan memandangkan jurang sosioekonomi ketika itu melebar antara bumiputera dan bukan bumiputera.

“Sudah tiba masanya bumiputera untuk menjadi niagawan untuk berjaya kerana sebelum ini, mereka hanya berniaga kerana tidak dapat kerja lain.

“Sebelum ini, kita ambil pelajar paling cemerlang dalam negara, beri mereka biasiswa dan ikat mereka 10 tahun dalam kerajaan.

“Kalau nak lahirkan kelas niagawan bumi. Kita kena tukar sukses model itu. Yang paling cerdik di Amerika Syarikat tidak kerja dengan syarikat besar sebaliknya mereka bina syarikat sendiri.

“Pertumbuhan ekonomi disana (Amerika Syarikat) disokong oleh kumpulan cerdik pandai ini. Sebab itu lahirnya bilionair terkemuka dunia seperti Mark Zuckerberg, Jeff Bezos dan Elon Musk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya