Tak ramai mahir berbahasa Cina - Jason Teo perjelas kekurangan pelakon Melayu, India dalam naskhah Cina tempatan - Utusan Malaysia

Tak ramai mahir berbahasa Cina – Jason Teo perjelas kekurangan pelakon Melayu, India dalam naskhah Cina tempatan

PENGARAH W Wee (lima dari kanan) bersama barisan pelakon Cheongsam Merah Darah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit, Jason Teo berpandangan pelakon Melayu dan India berpeluang membintangi naskhah berbahasa Cina yang dihasilkan di Malaysia.

Katanya, malah peluang itu terbuka lebih luas asalkan pelakon-pelakon berkenaan mahir berbahasa Cina.

“Hakikatnya kita tak ramai pelakon Melayu atau India yang mahir berbahasa Cina.

“Dan kalau pun nak latih mereka berbahasa Cina, ia mengambil masa dan berpotensi menganggu jadual penggambaran drama atau filem,” katanya.

Jason mengulas tentang kekurangan watak Melayu atau India dalam filem pertama terbitannya, Cheongsam Merah Darah yang mula ditayangkan 21 Mac lepas.

Filem yang diarahkan W Wee itu menampilkan pelakon Taiwan, Andy Ko selain barisan pelakon tempatan seperti Miko Wong, Yuen Teng dan ramai lagi.

Cheongsam Merah Darah mengisahkan sekumpulan pekerja pembersihan yang berdepan gangguan makhluk halus selepas melakukan pembersihan di sebuah banglo lama.

Disoal alasan memilih pelakon Taiwan sebagai teraju utama, Jason memaklumkan keputusan tersebut atas pilihan pengarah.

“Kami hanya bersetuju dengan pilihannya. Kalau boleh kami mahu semua pelakon tempatan. Tapi mungkin pengarah merasakan watak itu sesuai dilakonkan Andy.

“Kami sebelum ini ada terfikir untuk pasarkan filem ini di Taiwan. Namun kami tak berpengalaman, jadi tak mahu sewenang-wenangnya jual filem ini di sana,” kongsinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya