Tak hadir ke mahkamah, Hafidz tolonglah beri kerjasama - Nurul Shuhada - Utusan Malaysia

Tak hadir ke mahkamah, Hafidz tolonglah beri kerjasama – Nurul Shuhada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berharap supaya pelakon tersebut dapat memberi kerjasama dan komitmen dengan baik apabila diminta hadir ke mahkamah sebagaimana yang telah dijadualkan.

Bercakap kepada pemberita, Shuhada berkata, Hafidz sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan urusan perbicaraan di mahkamah dan bukannya bersikap acuh tidak acuh.

“Sepatutnya dia kena hadir dan beri komitmen sebab ini hal anak-anak. Kalau boleh kita nak percepatkan sebab dia yang failkan.

“Jadi dia kena bagi kerjasama yang sepatutnya, hal anak-anak memang saya sensitif. Kalau boleh nak ada keputusan secepat mungkin sebab saya nak ada hak itu.

“Sekarang anak dah besar, segala urusan rasmi semua perlukan sijil hak penjagaan, jadi janganlah anggap benda tu mudah, remeh sebab benda itu melibatkan anak-anak. Jadi tolonglah bagi kerjasama.

“Dia kata tidak dapat hadir kerana ada hal tak dapat dielakkan,”katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, pagi ini.

Selain itu, menurut Shuhada, secara peribadi, dia berasa terkilan kerana sikap Hafidz itu dilihat tidak membantu mempercepatkan urusan di mahkamah.

“Bayangkan, sudah setahun lebih naik turun mahkamah, belum selesai. Bagi saya itu membazir masa sebab tak jumpa jalan penyelesaian.

“Jadi kita nak percepatkan proses itu sebab dia dah ada kehidupan dia dan saya pun kena berjuang untuk anak-anak.

“Saya kalau boleh nak anak-anak gembira, senang dan hidup mudah. Harapnya selepas ini dia akan memberikan kerjasama, kita mudahkan orang lain, Allah mudahkan.

“Dekat Kuala Kubu pun dia tidak hadir. Kalau saya dari jauh pun boleh datang dia yang dekat tak akan tak boleh.

“Bagilah kerjasama, janganlah begini sebab dia yang mula-mula bersemangat failkan, jadi teruskan semangat tu janganlah sekerat jalan.

“Saya datang jauh, jadi kita nak permudahkan urusan anak-anak,”katanya.

Untuk info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016. Mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya