KUALA LUMPUR: Polis menyerahkan siasatan syarikat pelaburan milik usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 40, kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dapatan awal diperoleh pihaknya selari dengan suruhanjaya terbabit bahawa syarikat berkenaan tiada lesen untuk menjalankan aktivitinya. “Berdasarkan kenyataan dikeluarkan SC bahawa syarikat itu beroperasi tanpa lesen dan kita berpegang kepada perkara sama. Sudah tentu SC lebih…