Sunway Carnival Mall tawar pengalaman beli-belah luar biasa

Sunway Carnival Mall tawar pengalaman beli-belah luar biasa

Sunway Carnival meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan tema ‘Gaya Riang Ria’ bermula 14 Mac sehingga 14 April 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan kehadiran Ramadan, sudah pasti juga ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk menantikan Hari Raya Aidilfitri yang penuh meriah.

Oleh itu, Sunway Carnival Mall menawarkan pengalaman luar biasa dengan acara menarik dan tawaran eksklusif yang disediakan khusus untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.

Sunway Carnival meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan tema ‘Gaya Riang Ria’ bermula 14 Mac sehingga 14 April 2024.

Terdapat pelbagai program dan aktiviti seisi keluarga untuk semua peringkat umur melibatkan bengkel kraftangan sehingga persembahan tradisional bagi menjalin hubungan mesra bersama yang tersayang.

Pelbagai program dan aktiviti seisi keluarga untuk semua peringkat umur melibatkan bengkel kraftangan sehingga persembahan tradisional diadakan di Sunway Carnival Mall.

Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chai Wen Yew berkata, perayaan Hari Raya Aidilfitri melambangkan prinsip ikatan kekeluargaan dan kemaafan.

“Semasa kita meraikan peristiwa penting ini, mari kita eratkan perpaduan dan menghargai masa yang diluangkan bersama orang tersayang.

“Justeru, Sunway Carnival Mall menawarkan suasana meriah dan hiasan indah bagi memupuk ikatan kekeluargaan selain memberikan ruang ideal untuk membeli-belah barangan perayaan selain berbuka puasa bersama-sama,” katanya.

Selain itu, katanya, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran hebat yang mudah didapatkan apabila membeli-belah persiapan raya di Sunway Carnival Mall.

“Ia termasuk hadiah hamper daripada Famous Amos dan Jaya Grocer serta hadiah daripada Pandora, Bath & Body Works dan pelbagai lagi pilihan.

“Pelanggan juga boleh mengunjungi Agrofiesta Aidilfitri iaitu program kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang terletak di tingkat bawah (LG).

“Terdapat 19 gerai melibatkan penjualan pelbagai jenis kuih-muih, makanan tempatan, aksesori dan banyak lagi untuk dikunjungi bermula 14 Mac sehingga 9 April ini,” katanya.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran hebat yang mudah didapatkan apabila membeli-belah persiapan raya di Sunway Carnival Mall.

Pada masa sama, ahli Sunway Super App juga boleh memperoleh sehingga 30 kali mata ganjaran apabila membeli-belah pada musim perayaan ini.

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Sunway Carnival Mall turut bekerjasama dengan artis Malaysia yang berbakat iaitu Nas Suha untuk menghasilkan siri rekaan sampul duit raya yang eksklusif dan unik.

Sambutan Hari Raya Sunway Carnival Mall dihidupkan dengan kehadiran Souk (pasar) yang meriah, menampilkan pesona pasar tradisional bersama dengan hiasan penuh gaya dan semangat perayaan.

Bazar yang berwarna-warni mempamerkan gerai-gerai dihiasi dengan corak rumit sekali gus mewujudkan suasana yang dipenuhi warna-warna cerah untuk meningkatkan semangat perayaan.

Setiap sudut atrium pusat beli-belah direka dengan teliti untuk menggalakkan penyertaan interaktif pelanggan bergambar bersama ahli keluarga tercinta.

Dalam usaha ke arah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Wen Yew berkata, Sunway Carnival Mall mendekorasi tempat hiasan dengan bahan hiasan yang mesra alam.

Sunway Carnival Mall mendekorasi tempat hiasan dengan bahan hiasan yang mesra alam.

“Untuk rempah ratus, kami menggunakan bahan kitar semula termasuk beg guni dari pembungkusan rempah ratus dan kon kertas yang diperoleh daripada percetakan.

“Lazimnya dibuang, namun kini ia berfungsi sebagai hiasan yang menawan untuk gerai rempah ratus. Lebih-lebih lagi bingkai tanglung yang diperbuat daripada kayu terpakai secara tidak langsung meningkatkan komitmen kami untuk kelestarian alam,” katanya.

Sunway Carnival Mall mengalukan kedatangan anda untuk merasai pengalaman Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang penuh bergaya dan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN