Jangan ambil tindakan undang-undang sendiri

Stoking kalimah Allah: Jangan ambil tindakan undang-undang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyentuh isu stoking kalimah Allah sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni dan kemarahan orang ramai. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain meminta orang ramai bersabar dan memberi sepenuhnya kepercayaan terhadap siasatan yang dijalankan pihak berkuasa.

Katanya, semua pihak mempunyai hak bersuara dan meluahkan pendapat namun tidak perlu secara keterlaluan. 

“Kita (polis) siasat dan ambil tindakan undang-undang, biarlah kerja kuatkuasa itu pada pihak berwajib, sekiranya ambil tindakan sendiri tidak akan redakan tapi memburukkan keadaan.

“Sebagai umat islam, di bulan barokah (Ramadan) ini kita menghayati apa sepatutnya. Lebih baik konteks tidak puas hati kita zahirkan dalam bentuk laporan polis dan seperti sedia maklum apa sahaja laporan diterima akan disisat,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya menemukan baki stoking tersebut di mana-mana kedai dan tidak menularkannya.

“Biar polis sahaja melaksanakan segala tugas siasatan mengikut lunas-lunas perundangan,” ujarnya.

Katanya, orang ramai termasuk golongan agamawan diminta tidak mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu tersebut dengan memberi sebarang kenyataan.

Terdahulu, tular rakaman video sekumpulan lelaki dipercayai memaksa dan merakamkan permohonan maaf seorang individu dipercayai memuat naik kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah, baru-baru ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN