EH betul lah tu bukan? Apabila Cik Bunga cakap yang pelakon dan pengacara terkemuka tanah air, Sherry Alhadad ini popular di bulan Ramadan.
Kiranya sama tahap popularnya dengan Barkoba, watak yang sinonim dengan Bell Ngasri setiap kali bulan puasa tiba.
Kalau Barkoba itu popular dengan jenaka geng plastik hitam ketika bulan puasa, Sherry pun apa kurangnya.
Cuma bukan sebab dia sertai ‘geng plastik hitamlah’… Kalau diperhatikan, menjelang bulan puasa saja mesti nama Sherry naik.
Semuanya disebabkan ulang tayang video lawak lakonannya mengenai seorang wanita yang terseksa menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa.
Mesti ramai yang tahu dan dah tonton pun sebab memang akan ada sahaja setiap kali Ramadan dan akan diulang tayang oleh pengguna media sosial.
Jujurnya Cik Bunga pun turut sama suka dan tumpang gelak apabila setiap kali tonton babak lucu itu. Sherry memang mengena dengan lawak-lawak bersahajanya.
Satu lagi yang Cik Bunga ingati bila dia menyanyi sambil salah sebut Ramadan tertukar dengan perkataan marhaban.
Terus lagunya jadi ‘marhaban tiba marhaban tiba’… Tak apalah Sherry, kalau orang suka maksudnya jenaka Sherry itu orang boleh terimalah, bukan?
Konsep jenaka malar segar gitu… Iyalah, kalau tak malar segar, takkanlah orang asyik ulang tayang sahaja di mana-mana platform. Okeylah tu bukan?










