Sempena Ramadan, STB agih 1,500 bekas bubur lambuk - Utusan Malaysia

Sempena Ramadan, STB agih 1,500 bekas bubur lambuk

GURU-guru dan jawatankuasa PIBG bergotong-royong menyediakan 1,500 bekas bubur lambuk yang diagikan kepada murid-murid dan warga sekolah berkenaan di Sekolah Tengku Budriah (STB), Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Guru-guru Sekolah Tengku Budriah (STB) dan jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bergotong-royong menyediakan tiga kawah bubur lambur bagi diagihkan kepada murid-murid sekolah berkenaan.

Gotong-royong menyediakan 1,500 bekas bubur lambuk itu bermula pukul 8.30 pagi dan proses pengagihan kepada murid dan warga sekolah itu selesai sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Program bubur lambuk perdana anjuran badan kebajikan guru dan PIBG sekolah itu adalah bersempena bulan Ramadan dengan kali ini penganjurannya dalam skala lebih besar.

Hadir sama pada program berkenaan, Yang Dipertua PIBG, Saifol Zairy Abd. Rahim dan barisan ahli jawankuasa PIBG yang bersama-sama membantu para guru menyediakan bubur lambuk berkenaan hasil resepi dari seorang guru sekolah itu, Hasnah Hasan.

Guru Besar STB, Nor Zaiton Ibrahim berkata, sebanyak tiga kawah disediakan membabitkan 30 kilogram beras yang disumbangkan bagi menyediakan bubur lambuk berkenaan.

GURU-guru dan jawatankuasa PIBG bergotong-royong menyediakan 1,500 bekas bubur lambuk yang diagikan kepada murid-murid dan warga sekolah berkenaan di Sekolah Tengku Budriah (STB), Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

Katanya, bubur lambur berkenaan diagihkan kepada seluruh murid termasuk dalam kalangan murid bukan Islam di sekolah tersebut.

“Aktiviti menyediakan bubur lambuk berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam dengan kerjasama guru-guru dan PIBG ini. Program berkenaan juga bagi menyemarakkan bulan Ramadan penuh keberkatan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Saifol Zairy berkata, program agihan bubur lambuk itu merupakan aktiviti tahunan bersempena Ramadan dengan kali ini diadakan dengan skala lebih besar dan diperluaskan agihan kepada murid-murid.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya