Sekolah diseru langgan akhbar berbahasa Melayu perkasa bahasa Melayu murid - Utusan Malaysia

Sekolah diseru langgan akhbar berbahasa Melayu perkasa bahasa Melayu murid

SEKOLAH diseru langgan akhbar berbahasa Melayu perkasa bahasa Melayu murid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi menjayakan inisiatif yang telah pun diambil KPM untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

Katanya, pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada.

“KPM percaya inisiatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN