Sedih dan terluka apabila anak kita dipersenda - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Sedih dan terluka apabila anak kita dipersenda – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pelakon, Abby Abadi, 46, menyifatkan tindakannya mendedahkan perkara sebenar berkenaan kontroversi membabitkan anaknya, Marissa Dania Hakim, 18, menerusi sebuah rancangan podcast baru-baru ini sebagai usaha kecil untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

Kata Abby, dia percaya perincian yang diberikan dalam podcast berkenaan sedikit sebanyak boleh menutup pintu-pintu fitnah yang disasarkan kepada keluarganya berkenaan isu terbabit.

“Saya terima jemputan untuk perbaiki keadaan, untuk menjelaskan, bagi faham. Sesetengah orang Malaysia ini bila diam sibuk nak tahu, bila bercerita kata macam-macam pula.

“Sudah pengacara tanya, macam mana tahu pasal Thailand itu, saya ceritalah point-point dia, tak adalah ceritakan segala. Kongsi sedikit sahaja untuk bagi tahu yang rajin mengata supaya jangan suka buat.l cerita, kata orang tak jaga anak semua. Kita sehabis baik jaga, tetapi anak itu yang diluar jangkaan.

“Dengar dahulu keseluruhan podcast itu. Sebagai ibu saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak saya. Takkan saya terima untuk ditemuramah semata-mata untuk memburukkan keadaan. Dengar dulu,” tulisnya di Igstory.

Nama Marissa kembali menjadi sorotan apabila dikatakan telah sah bergelar isteri kepada Aslam dalam sesi pernikahan di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lepas.

Pernikahan itu dilangsungkan tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam dan juga ibu bapa Marissa, Abby dan Norman Hakim

Abby selepas beberapa bulan mengunci mulut, tampil mengesahkan pernikahan itu dalam sebuah podcast yang ditayangkan, baru-baru ini.

Abby dalam perkongsian sama di Instagram turut meluahkan kekecewaan terhadap tindakan segelintir netizen yang memaki hamun anaknya di media sosial.

“Sangat sedih dan terluka apabila anak kita dipersenda dan dicaci maki ikut suka.

“Menerima undangan untuk ditemuramah dalam podcast adalah usaha kecil saya menyelesaikan kemelut ini. Marissa anak saya, amanah untuk saya. Tanggungjawab saya untuk perbetulkan keadaan. Tak payah libatkan orang lain yang tak nak terlibat,” jelasnya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya