Saya tidak ada masa nak fikir provokasi negatif, semoga dia diberi hidayah - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Saya tidak ada masa nak fikir provokasi negatif, semoga dia diberi hidayah – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya tidak ada masa fikir apa yang mereka cakap, sebab saya ada perkara lebih penting yang perlu saya lakukan. Semoga dia diberi hidayah.”

Itu jawapan penyanyi nombor stau negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung provokasi beberapa ciapan yang mendakwa dia selain berpura-pura sedih berkenaan isu Gaza untuk meraih perhatian masyarakat.

Jelas Siti Nurhaliza, dia tidak perlu membalas apa-apa provokasi negatif dan fitnah yang dicetuskan sementelah tugasnya dalam berkhidmat kepada masyarakat dalam dan luar negara jauh lebih penting.

“Tidak baik berkata begitu. Ikhlas itu, Allah sahaja yang tahu. Mungkin mereka tidak merasai apa yang saya rasa. Mereka mungkin anggap apa yang berlaku di Palestin itu okay sahaja dan tidak simpan dalam fikiran.

“Tetapi bagi saya, penderitaan mereka, kesengsaraan mereka bermain-main di fikiran. Setiap hari tanpa gagal saya tanya keadaan anak-anak Palestin. Saya tertunggu-tunggu perkembangan daripada pihak sana.

“Jadi berhubung provokasi kata saya tidak ikhlas dan sebagainya, terpulang. Saya tidak perlu membalas apa-apa, sebab apa yang keluar daripada mulut adalah ikhlas tentang apa yang saya rasa,” katanya.

Penyanyi Bukan Cinta Biasa itu berkata demikian usai majlis penyampaian sumbangan kepada penggiat seni, pengamal media dan anak-anak yatim anjuran Yayasan Nurjiwa dan Yayasan Prihatin.

Kongsi ibu kepada dua anak itu, dia tidak dapat menahan air mata dan kesedihan apabila memikirkan nasib-nasib kanak-kanak di Gaza terutama mereka yang bersekolah di Sekolah Afwa Al-Afiyah yang didirikannya.

“Saya sebak bila fikir nasib mereka, bagaimana keadaan mereka terutama anak-anak Palestin yang belajar di sekolah Afwa Al-Afiyah. Mereka semua itu saya anggap sebagai keluarga sendiri.

“Bila tahu perkembangan di sana, apa mereka makan memang terkesan. Saya ini memang cepat menangis kalau melibatkan anak-anak. Bila terbayang mangsa-mangsa kekejaman tentera Israel itu terutama wanita, runtun hati.

“Kebanyakan mereka menjadi mangsa, dibunuh dan meninggal dunia. Saya seorang ibu dan ada anak-anak. Bila melihat anak-anak kecil itu, saya teringatkan anak saya, Aafiyah dan Afwa. Saya bayangkan kalau anak-anak saya berada di sana,” kongsinya sebak.

Provokasi negatif tersebut tercetus apabila seorang individu dipercayai akaun palsu membuat ciapan mendakwa biduanita negara itu menggunakan air mata untuk meraih simpati masyarakat.

Ciapan berunsur fitnah itu mencetuskan ketegangan di media sosial apabila berlaku perdebatan dalam kalangan pemint penyanyi nombor satu negara itu dengan individu yang dipercayai peminat penyanyi lain.

Siti Nurhaliza yang baru sahaja selesai melangsungkan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu telah menyalurkan sebahagian kutipan jualan tiket konsert berjumlah lebih RM1 juta untuk disalurkan ke Palestin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya