Saya tak layak beri komen, itu hal peribadi Ruhainies - Zul Ariffin

Saya tak layak beri komen, itu hal peribadi Ruhainies – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zul Ariffin tidak mahu mencampuri urusan peribadi apatah lagi membuka mulut memberi pandangan terhadap kontroversi yang sedang melanda rakan seperjuangannya, Ruhainies.

Zul yang pernah bergandingan dengan aktress itu menerusi daram WiFi Sebelah Rumah berkata, dia sengaja memilih untuk berdiam diri dan mengelak dari mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak layak berbuat demikian.

“Saya rasa, biarlah Ruhainies selesaikan hal yang cukup peribadi itu secara aman. Sebagai orang luar saya tidak layak berkata apa-apa. Saya juga seperti orang luar, cuma tahu apa yang dilaporkan media sahaja.

“Sebolehnya, saya tidak mahu meletakkan diri dalam kelompok mereka yang rugi atau membuang pahala puasa sebab ramai sangat yang suka cakap bukan-bukan terutama di bulan Ramadan.

“Jadi lebih baik saya asingkan diri, jangan campur tangan dan lihat dari jauh sahaja. Mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan hal itu,” katanya.

Pemilik nama Zulkifli Ariffin itu berkata demikian pada majlis berbuka puasa Astro, semalam.

Dalam pada itu, Zul juga berpandangan, kontroversi yang dilalui temannya itu pasti ada hikmat di sebaliknya.

“Apa yang berlaku bukannya perkara yang menyeronokkan, jadi saya cuma mampu doakan yang terbaik kepadanya.

“Kalau pasal kerja saya memang boleh bagi komen, tapi ini hal peribadi. Jadi saya takut, lebih baik saya jaga lidah,”  kongsinya.

Terdahulu, aktres Cukup Derita Itu tersebut ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz di kediamannya pada 9 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×