Saya tahu cerita dari awal, doakan Bella - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Saya tahu cerita dari awal, doakan Bella – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, meminta orang ramai untuk mendoakan rumah tangga sahabatnya, Bella Astillah yang diuji sekali lagi.

Menerusi sebuah hantaran di Insta Story, Sarah mengetahui semua yang terjadi dalam episod perkahwinan pelakon asal Sabah itu dan meminta warganet agar tidak mudah menghakiminya.

“Marilah kita sama-sama beri semangat kepada Bella Astillah. Apa yang sudah berlalu, biarkan berlalu. Kita fokus untuk masa sekarang.

“Saya tahu apa yang terjadi dari awal sampai akhir. Jadi tidak baik sekiranya kita mahu menghakiminya.

“Berilah Bella ruang dan berkata yang baik kerana ia satu doa,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu juga, pelakon Hijrah Jannah tersebut memaklumkan bahawa dirinya bersedia sekiranya Bella mahu berbual tentang masalah yang dihadapinya.

“Saya sentiasa ada untuk awak, Bella.

“Awak ada bersama saya ketika saya perlukan bahu untuk menangis.

“Sekarang, saya juga akan lakukan perkara yang sama jika awak perlukan,” tambahnya.

Terdahulu, warganet dikejutkan dengan berita pelakon yang juga suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz, dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

Difahamkan, kedua-duanya sedang menjalani penggambaran sebuah drama sebelum ditahan.

Media juga melaporkan kelibat menyerupai Aliff dan pelakon, Ruhainies dirakam menerusi kamera litar tertutup di kondominium tersebut tiga minggu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN