Saya akui kelemahan, soal ibu bapa sukar diperdebatkan - Neelofa - Utusan Malaysia

Saya akui kelemahan, soal ibu bapa sukar diperdebatkan – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya bukan ustazah atau orang yang layak bercakap tapi sekadar kongsi sikit. Bila cakap tentang mak ayah memang susah nak diperdebatkan.”

Demikian komen pengacara popular, Neelofa berhubung pandangannya mengenai luahan kesedihan pemanggil itu yang ditinggalkan ibu kandung ketika kecil sehingga dia tidak dapat memaafkan perbuatan tersebut.

Jelas Neelofa, dia mengakui kelemahan dan ketidaksempurnaannya dalam memberi pandangan sementelah waktu yang diberikan untuk menjawab luahan pemanggil itu terlalu singkat.

“Apa yang cakap ketika itu tidak lengkap, waktu yang singkat. Tetapi saya faham bila ada orang cakap tak sentuh aspek lain seperti kesihatan mental. Mungkin kelemahan dan ketidaksempurnaan saya beri pandangan.

“Tetapi bila sentuh pasal ibu bapa ini, penjelasan dalam bab agama, itulah dia. Saya tidak boleh tukar, ini bukan apa yang saya cakap. Tetapi ini firman Allah dalam al-Quran dan apa yang nabi sebut dalam hadisnya,” ujarnya.

Bekas pengacara MeleTop itu berkata demikian ketika ditemuui pada majlis Tayangan Raya Astro semalam.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, pandangan yang diberikan tempoh hari adalah reaksi spontan dan dia hanya berkongsi pendapatnya berhubung satu topik yang sukar diperdebatkan.

“Ketika itu, saya pandang Nabil dan bisik dalam hati, tak sempat nak jadi terapi pasal isu itu, Tetapi secara spontan, itu adalah reaksi dan jawapan saya yang sudah tentu tidak ada lima atau 10 minit menghuraikan.

“Ada yang DM cakap ini sepatutnya cara jawab. Tapi saya tak ambil kira, mungkin saya setuju juga. Mungkin saya tak beri jawapan yang lengkap yang mengambil kira perasaan, keperitan dan kesukaran. Itu saya mengaku dan saya akur.

“Saya bukan ustazah atau orang yang layak bercakap tapi sekadar kongsi sikit. Bila cakap tentang mak ayah memang susah nak diperdebatkan. Reda Allah bergantung pada reda mak ayah, berkat Allah adalah berkat daripada mak ayah juga, kalau mak ayah tak reda macam kita nak reda Allah,” ujarnya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata tidak adil jika orang ramai menilai kehidupannya memandangkan dia juga dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapa bercerai.

“Tidak adil untuk seseorang menilai hidup orang lain ‘tak apa la hidup dia sempurna, tak susah’. Saya tak pernah kongsi tentang ibu bapa saya. Saya datang daripada keluarga yang bercerai.

“Kisah hidup saya, dengan mak ayah saya, tak sempurna sebab itu saya tak kongsi. Tak semestinya saya baik-baik saja. Tapi kita lalui hidup ini dengan cara mana apa yang betul yang diajar,” kongsinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN