SHAH ALAM: Sarawak dilapor menjadi negeri paling tinggi penduduknya mendaftar maklumat mereka dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) walaupun terdapat arahan penangguhan pendaftaran tersebut di sana baru-baru ini. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, arahan tersebut terhad kepada kakitangan kerajaan negeri bukan rakyat negeri itu secara keseluruhan berdasarkan memo Residensi Seri Aman yang tular baru-baru ini. Menurutnya, kerajaan akan berbincang dengan Sarawak berkenaan arahan penangguhan tersebut pada minggu hadapan. “Sarawak mencatatkan…