SAIC Motor perkenal dua EV, MG4 dan MG ZS - Utusan Malaysia

SAIC Motor perkenal dua EV, MG4 dan MG ZS

PENGARAH Urusan SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd, Steven Du berucap pada majlis pelancaran kenderaan elektrik (EV) Morris Garages (MG) MG4 EV dan MG ZS EV di MITEC di sini, SEMALAM. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. melancarkan dua model kenderaan elektrik (EV) di bawah jenama MG iaitu MG4 EV dan MG ZS EV pada harga bermula RM103,999.

Pengarah Urusannya, Steven Du berkata, kedua-dua model tersebut menjanjikan rakyat Malaysia gabungan dinamik keterjangkauan, inovasi dan kegembiraan memandu.

Katanya, model MG ZS Lux dijual pada harga bermula RM125,999, manakala MG4 XPower (RM158,999) MG4 Lux Extended (RM148,999) MG4 Lux (RM128,999) dan MG4 Standard (RM103,999).

“Setiap pembelian model tersebut didatangkan dengan jaminan tujuh tahun atau 150,000 kilometer (km) (yang mana dahulu) dan jaminan bateri lapan tahun atau 180,000km (yang mana dahulu).

“Selain itu, pertukaran bateri satu-ke-satu sekiranya keadaan kesihatan bateri menurun di bawah 70 peratus semasa perlindungan jaminan bateri dalam keadaan, yang mana lebih awal,” katanya dalam majlis pelancaran dua model tersebut di sini semalam.

Steven berkata, MG4 EV Hatchback menjanjikan melepasi jangkaan, menawarkan rakyat Malaysia perjalanan yang menggembirakan ke dalam permotoran sifar pelepasan.

Sementara itu, beliau berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) MG ZS EV merangkumi kepraktisan, inovasi dan keselesaan, semuanya digabungkan dengan lancar dalam satu pakej yang luar biasa.

“Kami percaya kedua-dua MG4 dan MG ZS EV akan menjadi cadangan yang menarik untuk rakyat Malaysia yang mencari EV mampu milik tanpa kompromi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Jualan dan Pembangunan Rangkaiannya, Shahrul Jeffry berkata, sebanyak 200 unit model tersebut yang terdiri daripada 90 peratu MG4 dan MG ZS sudah pun berada di negara ini dan 200 unit lagi bakal tiba dari China.

“Buat masa ini, kami belum ada lagi angka jumlah tempahan yang telah dibuat. Namun, kami jangkakan penghantaran model ini boleh dibuat secepat mungkin kerana sudah ada kenderaan yang berada di sini,” ujarnya.

Mengulas mengenai pengedar, pihaknya merancang untuk mempunyai 25 cawangan pengedar di seluruh negara pada tahun ini.

“Kami sudah mengambil kira-kira 17 pengedar di seluruh negara dan sebanyak lapan pengedar dijangka tersedia sebelum akhir bulan ini.

“Selain itu, kami melihat beberapa lagi akan dibuka pada suku dua dan ketiga. Jadi, saya menyasarkan menjelang suku ketiga untuk melengkapkan sasaran 25 cawangan pengedar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN