KUALA LUMPUR: Individu disabitkan kesalahan berkaitan pencemaran bakal berdepan denda sehingga RM10 juta atau tempoh pemenjaraan lebih lama. Ia merupakan perkembangan terbaharu berbanding peruntukan sedia ada dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 bagi meminda 28 seksyen dalam Akta 127. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pesalah berdepan julat kadar denda antara…










