BINTULU: Taman Perindustrian Samalaju di sini berjaya membawa masuk pelaburan mencecah RM111.73 bilion sejak mula beroperasi. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah pelaburan itu memberikan impak positif kepada industri hiliran serta penggiat ekonomi domestik. “Pada masa sama hasil keluaran turut diunjurkan berjumlah RM12.07 bilion dengan jumlah tenaga kerja seramai 10,000 orang. “Potensi itu ada dan kita telah pun mempunyai senarai syarikat-syarikat yang bakal melabur di taman…










