LIPIS: “Saya amat sedih dan terkilan kerana hasrat Azam Afwan, 13, mahu belajar di sebuah pusat tahfiz di Lipis tidak kesampaian selepas meninggal dalam kemalangan,” kata bapanya, Mazlan Mohd. Yusob, 43. Azam Afwan maut dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Kampung Petola dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin. Mazlan yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, anaknya dijadual belajar di pusat tahfiz berkenaan pada 10 Mac ini selepas…










