KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau diarah membuka aduan bertulis yang mendakwa Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta berkaitan projek Jana Wibawa. Penguasa Khusyaini Adhillah Mat Aripin, 37, berkata, beliau menulis aduan itu pada 10.18 pagi, 27 Januari 2023 selepas menerima maklumat lanjutan daripada siasatan satu kes lain yang tidak didedahkan di mahkamah.…










