PLUS aktifkan 18 lokasi Smartlane sempena  Aidilfitri

PLUS aktifkan 18 lokasi Smartlane sempena  Aidilfitri

plus
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar menunjukkan 18 lokasi SmartLane yang akan dibuka pada taklimat media Penambahbaikan Smartlane dan Persediaan Operasi Lebuhraya PLUS menghadapi peningkatan trafik sempena Aidilfitri di Persada PLUS. Subang, hari ini, - UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menambah baik 18 laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan laluan SmartLane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaafar berkata, penambahbaikan itu bertujuan memudahkan pengguna lebuh raya menggunakan SmartLane yang diaktifkan untuk menguruskan kesesakan dan menambah kapasiti lorong di lokasi-lokasi kritikal sepanjang lebuh raya.

“PLUS akan memberi tumpuan khusus kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa pada musim perayaan Aidilfitri yang akan datang.

“Bagi menguruskan kesesakan, PLUS akan menambah laluan SmartLane kepada 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik.

“Ketika SmartLane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat media di Persada Plus di sini, hari ini.

Tambah Nik Airina, penggunaan Smartlane hanya dibuka pada waktu siang dan pada waktu tertentu berdasarkan trafik semasa melalui pemantauan Pusat Kawalan Trafik.

“SmartLane hanya boleh digunakan oleh kenderaan persendirian atau penumpang untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.

“Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendent Khairul Azhar Ismail berkata, mana-mana individu tidak boleh menghalang kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan semasa Smartlane diaktifkan.

“Adalah satu kesalahan menghalang kenderaan lain menggunakan Smartlane yang telah diaktifkan dan tindakan akan diambil sekiranya laporan dibuat,” katanya.

18 Laluan SmartLane yang terlibat seperti berikut:

KM108.0 Arah Selatan (Sg. Petani Selatan) – KM112.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Tikam Batu)

KM150.4 Arah Utara (Bukit Tambun Utara) – KM146.4 Arah Utara (Plaza Tol Juru)

KM155.5 Arah Selatan (Bandar Cassia – KM157.2 Arah Selatan (Hentian Sebelah Sg Bakap)

KM303.2 Arah Utara (Gua Tempurung) – KM297.0 Arah Utara (Gopeng)

KM367.3 Arah Utara (Slim River) – KM354.0 Arah Utara (Sungkai)

KM354.0 Arah Selatan (Sungkai) – KM356.0 Arah Selatan

KM439.5 Arah Utara (Kawasan Rehat & Rawat Rawang) – KM435.5 Arah Utara (Sg. Buaya)

KM437.1 Arah Selatan (Hentian Sebelah Rawang) – KM443.3 Arah Selatan (Persimpangan Rawang)

KM3.3 Arah Utara (Setia Alam) – KM9.0 Arah Utara (Shah Alam)

KM11.2 Arah Utara (Susur Keluar Petron, NKVE) – KM13.3 Arah Utara (Subang)

KM280.0 Arah Selatan (Nilai) – KM276.0 Arah Selatan (R&R Seremban)

KM6.1 Arah Utara (OBR USJ) – KM8.1 Arah Utara (Seafield)

KM260.0 Arah Utara (P. Dickson) -KM263.1 Arah Utara (Seremban)

KM194.5 Arah Selatan (Air Keroh) – KM184.0 Arah Selatan (Hentian Sebelah Kg. Bemban)

KM27.0 Arah Selatan (Kulai) – KM19.0 Arah Selatan (Senai)

KM19.0 Arah Utara (Senai) – KM27.0 Arah Utara (Kulai)

KM4.5 Arah Selatan (Dato Onn) – KM1.9 Arah Selatan (Pasir Gudang)

KM0.4 Arah Utara (Pandan) – KM6.0 Arah Utara (Kempas)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN