PLKN 3.0 libat pelajar sekolah menengah, IPT

PARLIMEN: PLKN 3.0 libat pelajar sekolah menengah, IPT

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Modul latihan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dirangka dengan mengambil kira beberapa perkara iaitu tempoh dan tahap usia peserta.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, program itu akan melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Bila kita muktamadkan nanti, latihan ini bukan hanya membabitkan sekolah menengah tapi juga pelajar universiti atau bukan.

“Sebab itu kita ada tempoh masa dan tahap usianya bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) dalam soalan tambahan meminta kerajaan menjelaskan sama ada PLKN hanya membabitkan pelajar sekolah menengah atau turut membabitkan belia.

Adly dalam masa yang sama turut berkata, buat masa ini katanya, kementerian sedang memuktamadkan libat urus dan modul, termasuk dari segi ko-kurikulum dan latihan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×