CYBERJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menapis terlebih dahulu mana-mana individu yang mahu menyertai parti itu bagi mengelak kemungkinan terdedah dengan ‘musuh dalam selimut’. Ketua Peneranganya, Fahmi Fadzil berkata, sebarang penyertaan ahli baharu dalam parti perlu melalui mekanisme tapisan ditetapkan parti. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, pihaknya terbuka namun, pada masa sama parti tidak terdedah dengan ‘trojan horse’ (musuh dalam selimut). “Kami mempunyai mekanisme untuk membincangkan, (kemasukan ahli) dan dengan mekanisme ini, kami akan memastikan kami tidak mempunyai musuh dalam selimut atau orang yang akan menyebabkan masalah kepada kami.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya