Petugas Taman Herba cemas tersempak beruang matahari - Utusan Malaysia

Petugas Taman Herba cemas tersempak beruang matahari

SEEKOR beruang matahari yang ditemukan berkeliaran di Pengkalan Gawi, Hulu Terwngganudekat sini, hari ini .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang petugas Taman Herba berdepan detik cemas apabila terserempak seekor beruang matahari ketika sedang menunggang motosikal menuruni kawasan berbukit di Pengkalan Gawi, dekat sini, hari ini .

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, Muhammad Rafzee Zulkiflee, 23, bernasib baik kerana dapat mengawal motosikal ditunggangi daripada terbabas dan terjatuh di tempat kejadian.

Menurutnya, dia terkejut melihat beruang itu berkeliaran dalam jarak kira-kira 100 meter dan sempat berpatah semula kerana bimbang keselamatan diri.

“Kejadian berlaku ketika saya ingin ke kedai makan membeli sarapan pagi. Kebetulan kawan setugas yang juga menunggang motosikal berada agak jauh di belakang.

“Saya begitu cemas apabila beruang itu memandang saya setelah kami terserempak. Setelah saya berjaya berpatah balik, selamatkan diri haiwan tersebut dilihat berkeliaran.

“Lebih kurang 15 minit selepas itu, kelibatnya hilang di kawasan hutan. Sepanjang bertugas di Taman Herba sejak setahun lalu, ini kejadian pertama dialami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Muhammad Rafzee, kelibat beruang di kawasan Pengkalan Gawi itu juga agak mengejutkan pemain industri pelancongan di situ kerana kebiasaannya kawasan itu dikunjungi gajah liar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN