Peranan SKMM perlu dirujuk Jawatankuasa Parlimen - Johan Jaaffar

Peranan SKMM perlu dirujuk Jawatankuasa Parlimen – Johan Jaaffar

bernama
Johan Jaaffar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peranan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu dirujuk kepada sebuah Jawatankuasa peringkat Parlimen agar badan itu tidak disalahgunakan untuk mengekang hak bersuara dan kebebasan media di negara ini.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, SKMM sepatutnya memastikan proses pengawasan lebih telus bagi memastikan wujudnya ekosistem untuk media yang bebas dan adil, bukannya menyekat hantaran dalam platform media sosial.

“SKMM sebelum ini telah dikecam teruk kerana memanggil editor dan menyekat saluran berita yang dianggap tidak menyenangkan pemerintah. Hal ini berlaku walaupun Perdana Menteri sendiri mengatakan beliau mengalu-alukan teguran dan pendapat berbeza.

“SKMM sepatutnya memastikan proses pengawasan yang lebih telus bagi memastikan wujudnya ekosistem untuk media yang bebas dan adil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johan merujuk kenyataan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz yang mendakwa media sosialnya, Facebook ditapis selepas mengeluarkan satu hantaran mengenai layanan terhadap pesara kerajaan di Institut Jantung Negara (IJN) sehingga disekat daripada dibaca pengguna media sosial.

Baru-baru ini, Rafidah mempersoal tindakan mengeluarkan pesakit terdiri pesara dan penjawat awam dari IJN, sambil menegaskan rawatan pakar itu sebahagian pakej persaraan untuk kakitangan kerajaan yang telah pencen.

Beliau turut mempersoal sama ada pesara berkenaan yang telah berkhidmat demi negara untuk sebahagian besar hidup mereka dan kini perlu mendapat rawatan di klinik kerajaan.

Mengulas lanjut, Johan berkata, Rafidah berhak berasa kecewa dan marah dengan tindakan SKMM itu selepas mengemukakan pandangan berhubung nasib pesara di IJN.

“Dengan ini saya menggesa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan SKMM meminta maaf secara terbuka pada seorang mantan menteri kanan, Tan Sri Rafidah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN