IPOH: Perak akan membangunkan satu sistem maklumat pasaran perumahan di negeri itu, untuk dijadikan panduan terutama kepada syarikat pemaju dalam membuat penetapan harga rumah yang mahu dijual. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sistem itu akan menyediakan pangkalan data lengkap tentang permintaan perumahan termasuk dari segi harga rumah dalam sesuatu daerah di Perak. Katanya, langkah itu dapat membendung lambakan unit rumah tidak terjual di…










