BACHOK: Pengunjung Pantai Irama di sini, mengambil pendekatan dengan tidak bermain di kawasan pesisir bagi mengelakkan terkena sengatan ubur-ubur api. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kebanyakan pengunjung menjauhi kawasan tersebut dan memilih berehat di bawah rimbunan pokok ru dan mengambil angin di kawasan benteng. Seorang pengunjung, Zawawi Ismail, 35, berkata, dia sudah mengetahui tentang larangan dan amaran bermain di kawasan pesisir selepas perkara tersebut tular dalam laman sosial Facebook selain maklumat…