KUALA TERENGGANU: Penduduk sekitar Kampung Losong Panglima Perang di sini gempar dengan penemuan beberapa kesan tapak kaki dipercayai harimau di bawah rumah mereka sejak beberapa hari lalu. Seorang penduduk, Mohd. Zaki Salleh, 68, berkata, anaknya,Nur Shairah ada terdengar bunyi bising seolah-olah berlaku serangan haiwan pada malam Sabtu. “Semasa kejadian itu, anak saya terjaga dari tidur disebabkan bunyi aneh haiwan mengerang kesakitan pada pukul 3 pagi. “Anak saya tidak mengesyaki apa-apa…










