PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendidikan tidak wajar mengesampingkan disiplin, akhlak dan adab, waima pendidikan agama sekalipun. Perdana Menteri berkata, pendidikan bukan sekadar menimba ilmu dan keratan ayat-ayat tanpa pencerahan, kesedaran dan amalan. Lantaran itu, katanya, semua tenaga pengajar dan ibu bapa perlu menekan kaedah itu, dan tidak bersubahat melindungi gejala penderaan pelajar di mana-mana institusi pendidikan. “Untuk sekolah, maahad, institut, kolej dan universiti, beri lah penekanan menjaga disiplin…