GEORGE TOWN : Seorang pemuda maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer (KM) 3.7, Jambatan Pulau Pinang, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah malam itu, mangsa, Mohd. Fazri Mohd Rosli, 28, dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Shahrul Munawer Taharen berkata, sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian itu, pasukan…