PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku kecuaian semasa pengendalian makanan pemilik gerai di bazar Ramadan dengan menyebabkan kehadiran cebisan kain pengelap dalam martabak yang dibeli di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini. KKM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tular itu dan mendapati beberapa kesalahan lain turut dikenal pasti dilakukan pemilik gerai itu. Katanya, ini termasuk tidak…










