ALOR SETAR: Pemandu kedua bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Gurun, semalam terkilan kerana gagal mengeluarkan pemandu utama yang juga adik kandungnya, M. Jayakumar, 48, sebelum kenderaan terbabit terbakar. M. Manivannan, 50, dari Padang Serai bagaimanapun sempat menyelamatkan empat penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hatyai, Thailand. Menceritakan saat-saat mencemaskan itu, Manivannan berkata, para penumpang terpaksa bergelut kira-kira 20 minit untuk keluar dari bas sebelum api marak…










