PENGALAMAN diserang penyakit angin ahmar sekitar empat bulan lepas memberi banyak pengajaran buat pelakon, Esma Daniel, 55. Esma atau nama sebenarnya Esma Daniel Md. Isa bersyukur, kerana diberi peluang kedua untuk sihat dan menjalani kehidupan normal selepas melakukan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia. Katanya, pengalaman mengerikan itu mengajar beliau membuang ego dan mendahulukan kesihatan dalam apa juga keadaan. “Ketika berdepan serangan itu, saya berdegil dan enggan ke hospital. Masa itu saya ego, tak mahu dianggap sakit kerana takut periuk nasi saya terjejas. “Saya bernasib baik kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya