KANGAR: Kerajaan negeri berhasrat membangunkan Pelan Pembangunan Perlis Geopark dalam masa terdekat sebagai usaha bagi membolehkan negeri ini mencapai status UNESCO Geopark. Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pelan tersebut juga adalah bagi memastikan agenda pembangunan yang akan dibawa dapat dirancang secara tersusun dan direalisasikan dengan sebaiknya. Beliau berkata, pembangunan berkenaan mampu dijadikan sebagai panduan bukan sahaja di peringkat kerajaan malah kepada komuniti dan pihak swasta. “Saya berharap juga seiring…