Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima suapan RM600

Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima suapan RM600

TERTUDUH mengaku tidak bersalah menerima suapan bernilai RM600 ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM600 pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Rohaizi Ismail, 50, membuat pengakuan terbabit dihadapan Hakim, Mohd Sabri Ismail ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Rohaizi sebagai penjawat awam iaitu Pegawai Imigresen Gred KP26 di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang telah menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang berjumlah RM600 dari seorang individu yang mana mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya pada ketika itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 15 Mei 2022 dan 30 Julai 2022 dengan masing-masing bernilai RM300 di Maybank Islamic Berhad, Wisma KCCCI, Lot 46 dan 47, Jalan Bukit Ubi, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dikenakan ke atas dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Rifah Izzati turut memohon syarat tambahan daripada mahkamah supaya tertuduh melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM selain, menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta agar wang jaminan dikurangkan berikutan tertuduh masih menanggung seorang isteri dan tiga anak.

Selain itu, tertuduh yang memaklumkan dirinya telah berkhidmat di jabatan sama selama 28 tahun turut menanggung seorang ibu yang sedang sakit.

Mahkamah seterusnya menetapkan RM5,000 wang jaminan dan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 24 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen serta lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN