KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat Malaysia mempunyai kenderaan elektrik (EV) keluaran tempatan dengan harga berpatutan disasarkan kurang daripada RM100,000 pada 2025. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, itu adalah hasrat kerajaan dan ia tidak terhad kepada Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semata-mata. “Mana-mana jenama bersedia untuk mengeluar kereta (EV) di dalam Malaysia, ia akan dibenarkan untuk jual kereta mereka di bawah…