PADU: Penduduk PPR, rumah panjang, rumah kos rendah tercicir

PADU: Penduduk PPR, rumah panjang, kuarters, rumah kos rendah bakal tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penduduk yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), kondominium, pangsapuri, rumah kos rendah, kuarters, rumah kedai, rumah air atau rumah panjang dan rumah sebuah-sebuah antara yang berisiko tercicir daripada pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Penduduk di kawasan tersebut juga tidak mempunyai data dalam apa jua pangkalan data bantuan kerajaan sebelum ini.

Keadaan itu meletakkan mereka berisiko tercicir daripada mendapat inisiatif atau bantuan daripada kerajaan

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pecahan dikeluarkan Kementerian Ekonomi, Se­langor adalah negeri paling tinggi dengan kawasan tiada sebarang pendaftaran dalam PADU iaitu sebanyak 1,282 lokaliti.

Kuala Lumpur mencatatkan 992 lokasi, Sarawak (765), Sabah (620), Johor (271), Pulau Pinang (243), Kelantan (228), Kedah (157), Pahang (70), Perak (67), Terengganu (35), Negeri Sembilan (8), Perlis (7), Putrajaya (5) dan Melaka (2).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dalam konteks pelaksanaan PADU, pengemaskinian oleh rakyat atau rekod pentadbiran individu divi­sualisasi sehingga di peringkat lokaliti yang merujuk kepada nama diberikan pada sesuatu tempat didiami orang tempatan dengan pertalian sosial seperti kampung atau taman perumahan.

“Penelitian pengemaskinian PADU di peringkat lokaliti ini akan menjadi input untuk memastikan semua kawasan diliputi, mempunyai perwakilan dan tidak berlaku keciciran.

“Penduduk di kawasan ini, walaupun dikenal pasti dalam kalangan B40 dan B60, tidak mempunyai data dalam apa-apa pangkalan data bantuan kerajaan sebelum ini.” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Rafizi berkata, setakat pukul 11.59 malam semalam, seramai 5.43 juta individu sudah mengemaskini data masing-masing di dalam sistem PADU.

“PADU yang dilancarkan pada 2 Januari lalu adalah antara komitmen kerajaan untuk membangun dan mewujudkan satu pangkalan data yang akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua agensi dalam membuat keputusan berpandukan data tepat, selain menambah baik kecekapan penyam­paian perkhidmatan de­mi meningkatkan kesejahte­raan rakyat.

“PADU akan dapat bantu kerajaan mengukuhkan kemampanan fiskal negara serta memberi ruang melaksanakan reformasi fiskal bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, dalam tempoh dua minggu ke depan, kementeriannya dan pasukan PADU akan terus mempertingkatkan pendaftaran individu dan isi rumah terutamanya membabitkan kawasan yang dikenal pasti berisiko keciciran.

Kata beliau, satu pertemuan akan diadakan pada 23 Mac depan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat (ADUN), Pegawai Daerah (DO), Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) bagi setiap pihak berkuasa tempatan dan wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN