Padah 'wheelie' motosikal sebelum berbuka puasa

Padah ‘wheelie’ motosikal sebelum berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Tindakan seorang remaja melakukan aksi ‘wheelie’ sebelum waktu berbuka puasa mengundang padah apabila dicekup polis dalam Op Samseng Jalanan di jalan Pangkal Chuit di sini semalam.

Remaja berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah itu ditahan pada pukul 6.45 petang selepas melakukan aksi bahaya tersebut semasa menunggang motosikal jenis EX-5.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintanden Ahmad Shafiki Hussin berkata, sejurus ditahan remaja berkenaan bersama motosikalnya dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) untuk tindakan lanjut.

“Tindakan remaja berkenaan boleh mendatang gangguan dan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, pihak IPD Machang akan terus melakukan operasi dalam memantau dan mencegah aktiviti tersebut.

Katanya, pada masa sama ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama pada waktu malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya