Mungkin Syamsul masih merajuk dan terkilan - Datuk Yusof Haslam - Utusan Malaysia

Mungkin Syamsul masih merajuk dan terkilan – Datuk Yusof Haslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam, mengakui masih belum berhubung dengan anaknya, pengarah, Syamsul Yusof meskipun sebelum ini berulang kali meluahkan hasrat untuk bertemu.

Menurut Yusof, Syamsul tidak berhubung dengannya dan mungkin sedang sibuk dengan pembikinan filem Original Gangster arahannya.

“Dia tak berhubung dengan kami, tetapi barangkali dia sibuk dengan filemnya itu yang difahamkan bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini.

“Apa sahaja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik. Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” katanya.

Tambah Yusof, dia sebagai ayah perlu berfikiran matang untuk berdepan dengan situasi yang melanda keluarganya.

“Saya sebagai orang tua perlu berfikiran matang. Sebagai ayah, bila anak bersikap sebegitu, saya tak boleh bersikap sama. Kata isteri saya, kita serah pada Allah SWT untuk menentukannya.

“Saya rasa tak ada anak yang tak sayang ibu bapanya. Mungkin dia masih merajuk atau terkilan lagi. Bagi saya, kita dah nak menyambut Ramadan dan Syawal, jadi sentiasalah doakan terbaik kerana setiao kejadian berlaku kita tak boleh ubah takdir,”katanya.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Al-Aqsa Factory Outlet milik pelakon Dazrin Kamaruddin yang berlangsung di sini, hari ini.

Sementara itu, Yusof juga enggan memanjangkan komennya demi menjaga hati beberapa pihak terutama isteri, Datin Fatimah Ismail.

“Saya tak mahu komen lebih nanti ada pihak merajuk. Saya nak jaga hati semua orang terutama isteri. Tak mahu hubungan saya dengan isteri menjadi keruh hanya kerana benda ini.

“Harapnya ada kejernihan dalam hubungan kekeluargaan kami, Insya-Allah,”katanya.

Terdahulu, Yusof pada tahun lalu mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar.

Menurut Yusof, kali terakhir mereka bertemu ketika nenek Syamsul iaitu ibu isterinya, jatuh sakit pada tahun 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN