GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim menegaskan dia akan terus bekerja dan berkhidmat bagi kesejahteraan rakyat Gua Musang walaupun berdepan dengan isu pindaan Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang itu berkata, walaupun menerima pelbagai tuduhan dan kecaman beliau masih bersemangat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. “Berkenaan hubungan saya dengan kepimpinan tertinggi parti Bersatu, sehingga ke hari ini kita tidak ada apa-apa…