KUALA LUMPUR: Kempen membaca harus dimulakan di peringkat awal bagi melahirkan generasi mencintai ilmu untuk menyaingi kemunculan budaya sosial baharu yang membimbangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap kemunculan budaya sosial baharu termasuk ketidakupayaan berfikir lebih tiga minit. Malah kata Perdana Menteri, beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap sikap membaca dalam kalangan rakyat sejak menjadi Menteri Pendidikan. “Pengkritik telah melahirkan kebimbangan kemunculan budaya sosial baharu, dengan singkatan-singkatan, ketidakupayaan…










