MELAKA: Seramai 130,000 pelancong kesihatan dijangka tiba ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan berkualiti. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, angka itu dapat dicapai selepas Melaka menerima ketibaan 99,936 pelancong kesihatan tahun lalu. Beliau berkata, sebanyak 90 peratus daripada jumlah itu adalah pelancong dari Indonesia. Ujarnya, Vietnam dikenal pasti sebagai pasaran baharu yang berpotensi untuk diteroka memandangkan kos…